Friday 18 May 2012

RANCANGAN MENGAJAR


RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Minggu :  16                       Hari :  Khamis                    Tarikh : 3.5.2012

Mata pelajaran
Bahasa Melayu
Kelas / Masa
1 Maju  / 10.00-11.30
Tema / Tajuk
Mari Bertani / Haiwan Ternakan
Standard Pembelajaran
1.5.1                 2.5.1                   3.3.4 
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid berupaya
  1. Bercerita tentang gambar haiwan dengan menggunakan ayat tunggal.
  2. Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam gambar.
  3. Menulis 5 ayat tunggal berdasarkan gambar haiwan.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Nilai murni  -  Menghargai, kasih sayang, bertanggung jawab, berdikari
Keusahawanan -  Berniaga
TMK -  Komputer
Bahan Bantu Mengajar
Seni kata lagu, gambar, kad perkataan, kad rangkai kata, alatan permainan boling plastik
Penilaian pengajaran dan pembelajaran
Murid membina ayat.
Refleksi
 24/24   (1M) – menguasai


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Set induksi  (5 minit)

1.      Guru memaparkan lirik lagu “Bunyi Haiwan”.
2.      Murid mendengar lagu yang dimainkan.
3.      Guru dan murid menyanyikan lagu bersama-sama.
4.      Guru mengaitkan pelajaran hari ini dengan lagu yang dimainkan.








Kontekstual-perkaitan



Lirik lagu :
Bunyi Haiwan

Saya ayam kok kok kok kok kok,
Saya itik pak pak pak pak pak,
Saya burung pit pit pit pit pit,
Kami bunyi
kok kok kok kok kok,
pak pak pak pak pak,
pit pit pit pit pit


Langkah 1  (20 minit)

1.      Guru menunjukkan gambar haiwan.
2.      Guru menyatakan kepada murid gambar haiwan yang dipaparkan merupakan haiwan ternakan.
3.      Murid diminta menyebut 5 nama haiwan ternakan berdasarkan gambar.




Kemahiran Berfikir :
Menjana idea

Nilai :
Kasih sayang



Gambar haiwan ternakan :
- lembu
- kuda
- angsa
- kerbau
- arnab
- itik
- kambing
- ikan


Langkah 2 (20 minit)

1.      Guru menunjukkan kad rangkai kata.
2.      Murid diminta memadankan kad gambar haiwan ternakan dengan kad rangkai kata di papan tulis.
3.      Guru membetulkan jawapan murid.
4.      Perbincangan guru dengan murid tentang kepentingan haiwan kepada manusia.




Kemahiran Berfikir :
Menghubung kait

Nilai :
Bertanggung
jawab



Kad rangkai kata :
-membajak sawah
-menghasilkan susu
-mengangkat
 barang
-sumber makanan
-menghasilkan telur

Langkah 3 (20 minit)

1.      Guru memaparkan contoh ayat yang dihasilkan daripada padanan kad gambar haiwan dan kad rangkai kata.
2.      Guru membimbing murid membaca ayat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.
3.      Murid membaca ayat secara individu, kumpulan dan kelas.










BCB :
Membaca kuat

Nilai :
Menghargai



Contoh ayat :
-Kerbau membajak
sawah.
-Lembu  menghasilkan susu.
-Kuda mengangkat barang.
-Ikan sumber makanan.
-Itik menghasilkan telur.


Langkah 4 (20 minit)

1.      Murid diterangkan tentang kata nama am.
2.      Guru mempamerkan kad perkataan kata nama am.
3.      Murid membina ayat mengikut kumpulan.
Kumpulan A dan B – Membina 5 ayat tunggal berdasarkan kad perkataan kata nama am.
Kumpulan C – Mengisi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.




Kemahiran berfikir :
Menjana idea

Nilai :
Bertanggung jawab



Kad perkataan kata nama am :
-gigi
-rumah
-bilik
-sabun
-kakak
-bapa
-tikus
-sekolah
-kucing
-muka
-ibu


Penutup (5 minit)

1.      Guru memberi arahan cara bermain ‘Baling Boling’.
2.      Beberapa orang murid diminta membaling boling sehingga jatuh.
3.      Murid yang berjaya menjatuhkan boling tersebut diminta menyebut nama haiwan yang tertulis pada boling itu dan diberikan hadiah.
4.      Guru merumuskan isi pelajaran.




BCB :
Membaca kuat

Nilai :
Kasih sayang



Alatan permainan boling plastik

Pentaksiran

1.      Murid menyenaraikan kata nama am mengikut kumpulan (orang, benda, tempat, haiwan) pada lembaran kerja yang diedarkan.




Kemahiran berfikir :
Mengumpul dan mengelas



Lembaran kerja 1

Pemulihan

1.      Murid memadankan gambar dengan perkataan.







Nilai :
Berdikari



Lembaran kerja 2

Pengayaan

1.      Murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.




Nilai :
Berdikari



Lembaran kerja 3